Monday, January 5, 2009

wahai kaum hawa...bacalah....

Pesan nenek
NASIB ANAK PEREMPUAN…
Cucu-cucu nenek yang dikasihi,
semenjak dua menjak ini, keselamatan dan maruah anak-anak remaja perempuan sering kali tergugat. Ada yang diculik,dirogol atau tidak pulang-pulang ke rumah. Di manakah silapnya dan apakah puncanya mereka mendapat nasib yang sebegitu menyedihkan?
Nenek masih ingat lagi zaman nenek dulu. Sekolah jauh, kenderaan pula tiada. Hendak beli basikal tak mampu. Jadi nenek dan kawan-kawan terpaksa berjalan kaki lebih kurang 30 minit ke sekolah. Alhamdulillah, walaupun kiri kanan semak-samun dan terpaksa meredah ladang getah, kami masih boleh pulang dengan selamat. Petangnya pula mengaji ke rumah ustaz terpaksa berjalan lagi hamper 40 minit, tetapi tidak pernah diganggu orang. Mak ayah pula tak menghantar, percaya sepenuhnya kepada kami.
Berbeza sungguh dengan suasana sekarang. Pantang emak ayah terlepa, anak-anak dah dibawa lari orang. Bermain di taman permainan berhampiran rumah pun sudah tidak lagi selamat. Namun nenek akui zaman sekarang banyak dugaannya.
Marilah kita renungkan cu, apa yang Allah telah bekalkan untuk kita semua demi keselamatan di dunia dan akhirat. Iaitu nikmat iman dan Islam. Islam telah menggariskan atau mensyariatkan perkara-perkara yang baik untuk kita taati.
Nenek suka hendak mengingatkan terutama remaja perempuan, jagalah keselamatan diri dan maruah keluarga. Bagaimana?
Hiasi Diri dengan Sifat Malu
kita mestilah malu membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. misalnya melepak di tepi jalan raya, ketawa terkekeh-kekeh dan sebagainya. Lihatlah akhlak Rasulullah s.a.w., baginda terkenal dengan memiliki sifat pemalu. Baginda malu jika berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah Islam.
Lebih Suka Menetap di Rumah
ini bermakna cucu menghabiskan banyak masa di rumah selepas masa sekolah. Bukannya berkeliaran dengan kawan-kawan di taman, di cyber café, di pusat membeli belah dan sebagainya.
Menutup Aurat
sekiranya keluar rumah ketika ada urusan atau hendak bermain, pakailah pakaian yang menutup aurat. Tidak menampakkan anggota kecuali muka dan tapak tangan.
Bersahabat dengan Kawan-Kawan Perempuan yang Baik.
maksudnya kawan-kawan yang suka mengajak cucu berbuat kebaikan, dan takut untuk melakukan dosa. Mereka juga orang yang boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.
Menjaga Pergaulan
perkara ini paling hendak dijaga. Tidakbergaul bebas dengan mana-mana lelaki. Kita dibenarkan berhubung dengan mereka jika ada urusan penting sahaja. Itupun mesti ditemani kawan-kawan perempuan yang baik tadi.
Ditemani Muhrim
jika pulang dari kelas malam adalah lebih baik ditemani ayah atau saudara lelaki. Langkah berjaga-jaga ini demi keselamatan kita daripada kejahatan malam. Kejahatan sering berlaku pada waktu malam.
amalkan sifat lebih suka berjalan dengan ibu bapa atau abang. Apabila keluar bersama ibu bapa, keselamatan akan lebih terjamin.
Jauhi Sikap Menunjuk-nunjuk
jauhi sikap menonjol diri atau menunjuk-nunjuk di hadapan orang. Sama ada melalui pakaian, perbuatan dan sebagainya. Sikap ini menimbulkan rasa pelik pada mata-mata yang memandang. Anak siapa ni, eh?
Jangan berlama-lama di Rumah Kawan
banyak kejadian yang tidak diingini berpunca dari sikap kurang berwaspada. Maklumlah, malang tidak berbau. Silap haribulan, cucu terkorban menjadi mangsa rogol kawan-kawan lelaki, abang atau ayah kepada kawan cucu.
Jauhi Tempat Mencurigakan
jauhi tempat-tempat yang mencurigakan atau tempat yang sunyi dan jauh dari penglihatan orang lain. Mana tahu, ada bahaya yang menunggu.
nenek percaya senjata yang paling ampuh ialah berdoa sebelum berurusan di luar.
“dengan nama Allah, saya bertawakal kepada Tuhan yang Maha Azim.” Ibu ayah belum tentu dapat melindungi kita setiap masa. Begitu juga nenek yang dah tua ini. Siapa lagi jika tidak Allah yang Maha Perkasa. Dia sahaja tempat untuk kita memohon.









Awk,jaga diri elok2 ea?sy btl2 syg kn awk.sy ikhlas syg kn awk.sy harap hbngn kta di redhaiNYA..
sy btl2 berharap utk dpt bersama awk suatu hari nnti tau..kta jga diri kta dlu ni elok2 wak..cari apa2 ilmu yg patut di cari.awk knl ustazah salmiah kn?awk tnya2 la dia ttg hbngn lelaki n perempuan nie..xpe pe kea pa yg kta buat?cm mna nk jga hbngn kta nie?apa yg ptut kta buat,semua nya la agar hbngn kta d redhai.sy btl2 nk hdup bersama awk tau.bkn utk sehari dua,tp seumur hidup saya di dunia ini..
saya harap kta sama2 kuat menempuhi dugaan ini ye.sy yakin awk boleh..
sy akn doa kn awk tau.awk jga diri elok2 ea.jga hati,jga pergaulan 2,koz awk ramai bdk laki so pndai2 la..utama kn syarak dlu tau wak.jga percakapan,jga pndangan mata.n semua apa yg dah sy ckp sbelum ini.harap kta dpt bersabar ek utk tempoh msa yg kta pilih ni.kta kna kuat wak.ingat tu..
kita kerja kn printah NYA n tinggal kn segala laranganNYA dlm hbngn kta nie erk.sy nk hbngn kta di berkati coz sy nk bersama awk,nk bhagia bersama awk.ingt wak,proses hati kta elok2..
nchat kn sy jika sy ada buat silap eh.n nchat yg sy sampai kn kpd awk 2.harap awk dpt trima nya..
semua tu coz sy syg kn awk..syg kn awk keranaNYA.nk jga awk utkNYA.ingat sy dlm setiap doa awk tau wak.InsyaAllah,kita dpt bersama suatu hari nnti.kita bertahan ek wak..sy harapkan awk!!
Awk,awk jgn la bersedih bile tgk org lain bercinta kea pa.kta mengejar sesuatu yg lbh indah dr apa yg diaorg dpt skrg tau wak..awk pkirkn elok2 apa y gawk nk.kebahagiaan sementara @ selama nya?
kejar la CINTA NYA wak.InsyaAllah,kta akn d tempatkan di tempat2 org beruntung wak.kita bkn nk kejar bnda d dunia je wak.kita kejar juga akhirat wak.kejar keredhaan nya.DIA dah menjanjikan sesuatu yg baik utk kta wak.kta kna yakin padaNYA.peraturanNYA ini utk menjaga kita aje wak.kita manusia,makhlukNYA yg plg istimewa.di kurniakn hawa nafu dan akal.gunakan kedua2nya elok2 wak..jga hati kta wak.ingt tu.sy harapkan awk!!..utk menjaga sy suatu hari nnti.menjaga anak2 kita suatu hari nnti.InsyaAllah..awk kna kuat tau.jga diri elok2,jga aurat,jga pergaulan apa semua.sy harapkan awk!!yakin padaNYA erk wak.awk,bnyk artikel2 yg dpt kta jd kn teladan dalam website iluvislam.com ttg cinta ni.awk tgk la koleksi artikel cinta dan remaja erk.bnyk pengajarannya.bnyk faedahnya wak.bnyk yg dpt kta pelajari.awk,sntiasa ingt tau yg sy syg kn awk.ingt 2 wak.InsyaAllah,4,5 thn lg wak.sabar tau..
awk,doa kn ek sy,hbngn kta nie.ingt daku dlm doa mu.n sentiasa la nchatkn sy demi kebaikan d dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment