Saturday, March 20, 2010

Kemanakah cinta kita menghilang?

Kemanakah cinta kita menghilang Ya Allah?
Ke hutan belantara ke gaung curam kucari.
Tapi tiada kujumpa ya Allah.
Tiada kujumpa!
Adakah ia telah lenyap buat selamanya?
Terhembus keluar dari atmosfera cintaku?
Tak layakkah diriku untuk menikmatinya hingga nafas terakhirku?

Jangan begini,
aku tidak mampu ya Allah.
CintaMu itu umpama desiran bayu.
Yang perlahan-lahan mengusap jiwa
Yang perlahan-lahan membuatku bahagia
Aku cemburui Rabiatul Adawiyah ya Allah
Mengapa bukan aku yang Kau pilih?
Mengapa bukan aku?


Jangan sampai satu titik hitam itu memusnahkan yang lain juga.
Aku tahu kelemahanku ya Allah.
Aku tahu itu. Dan sebenar-benarnya aku tahu.
Lantas, inilah yang aku bimbangkan.
Bisikkan pada pintu langit, jangan biarkan aku menunggu lagi


Teratai putih, menjelmalah!
Pari kecil, bawalah...
Debunga sakti, terbanglah...
Dan CINTA, kembalilah!

kemana cinta kita menghilang ya Tuhan?

jangan biarkan aku meninggalkanMu lagi ya Tuhan
jangan sampai aku jadi insan munafik
nauzubillah
aku gembira dan bahagia
jika hanya Kau bisa kembalikan cinta kita ya Allah

Saturday, March 13, 2010

Oppsss dunia ku…..


Oppss totally different...eshh3 dunia sekarng makin teruk melalui pemandangan and sudut mata ku yang seyes and mybe sepit nie..hahaha.bukan ku kata orang lain kata mata ku sepit..hhehehe..ku terima je…dunia oh dunia..macam2 dah berlaku sekarang..cuba korang tengok kat muka akhbar sekarang..macam2 yang berlaku..sampai ku rasa dunia nie tak aman dah….kali nie ku nak skopkan pemerhatian ku melalui satu sudut iaitu sudut kemanusia…hari makin hari,ku rasa manusia dah makin hilang rasa kemanusia dlam diri mereke…korng buleh lihat sendiri,ayah pukul anak sampai mati,,cucu pukul nenek sampai lembam…nauzubillahminzalik..kemana hilangnya rasa kemanusia diorang nie erk..sampai sanggup buat begitu…bagi ku sungguh kejam…kes terbaru yang hangat 2 yang teman lelaki ibunya memukul anak wanita itu sehingga mati di padang permainan..apakah dosa budak tu….dia tak bersalah pom bagi ku….dia just menjalani hidup dia sebagai seorang anak…naik geram ku pada lelaki yang tak berguna tu…elok dikenakan hukuman yang setimpal…biar dia rasa…tu baru atas dunia….eshh..geram den…tersangat geram….dia ingat budak 2 binatang ke ape..binatang pom sayang anak dia tau…ni kan manusia….ada otak lagi kot…ade otak tak mahu pikir…eshhh..manusia2…sekrang kalu orng tengok and hayati nilai kemanuisa dalm diri setiap manusia semakin hari semkin berkurang….macm2 kes dah berlaku…..nilai kasih sayang dlam diri pom berkurang..mana tak nye….seorng bapa sanggup bunuh anak sendiri,seorang cucu sanggup pukul neneknya sampai lebam..mana rasa kasih syang mereke,mana nilai kemanusian mereke…kemana hilangnya semua tu…adakah nie petanda bahawa dunia kita hampir ke penghujungnya…sama2 la kita renungkannya…

YA ALLAH,AMPUNILAH DOSA HAMBA MU INI AND DOSA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA…KAU TEMPATKAN LA KAMI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN..AMIN….YA RABAL ALAMIN…