Saturday, February 7, 2009

Cerpen Tegakah aku?

'Senyuman itu indah andai ia terbit dari hati,pahit bila ia dibuat-buat,dan sangat manis bila ia ikhlas.Senyum itu penawar segalanya.Jadi,apa kata kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ikhlas kerana ia mampu mempengaruhi orang lain dan diri kita juga.^__^' ~I.T.J.S~
Aku meneliti kembali kata-kata itu.Sungguh.Pada mulanya,bila aku dapat kata-kata yang entah dari saper ni,geram jugak rasanya.Tapi,sekarang,tiba-tiba perasaan halus tu singgah di hati aku.
Tapi,apa makna I.T.J.S ni?Irwan Syah??Ermm..I.S pulak..dah tu??Irwan Tajuddin..??J.S tu apa plak?Hahahaha...Irwan Tajuddin Jumaat Sabtu..Kui3.Padan muka!Dah lah..Tido lagi baik..Selamat malam Ana!Semoga mimpi tentang dia..huhu.
Alamak!Macam mana boleh bangun lambat ni?Lorr..Farah ni bukan nak kejutkan aku..Eii..Mesti malu giler nak masuk kuliah ni..Bukan taktau Puan tu..!
"Aduh!"
"Awak tak apa-apa?"
'Aisey man!Pakwe hensem lak tu..Apa la ko ni Ana,'desis aku dalam hati.
"Saya ok.Maafkan saya.Saya nak cepat tadi,"kataku sambil menyambut huluran fail dan kertas-kertas aku yang terjatuh.
"It's ok.Aw..."
"Thanks!Saya dah lambat..Maaf sekali lagi,"jeritku sambil berlari menuju ke dewan kuliah.
'Senyum seindah suria,
yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu kan berseri.'
~I.T.J.S~
Penat betullah 2-3 hari ni..Saper la yang mereng bagi benda2 pelik bin ajaib ni.
Eh,tapi kalau dia mereng,takkan kata-kata ni mampu mengusik hati aku?
"3 malam tanpa bintang...
Handset ku berbunyi tanda mesej masuk.
"Wajah yang tenang terbit bila berwuduk,
Senyuman yang manis terbit bila ia dari hati."
"Saper pulak ni..Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!,"geram aku mula terbit kembali.
"Sape ni?"balasku.
"Makhluk bumi,"balasnya.
"Saya makhluk planet Pluto!,"balas ku dengan geram.
"It's gonna be another day with the sunshine........."
Handsetku berbunyi.
"Hello,Assalamu'alaikum,"jawabku sopan.
"Waalaikumusalam.Hai awak,"kedengaran suara lelaki menyahut.
"Saper ni?"
"Makhluk bumi.Hehehe"
"Hah??!,"ni mesti budak tadi.
"Awak ni cepat sangat marah.Rileks la."
"Saya takder masa nak layan orang yang saya tak kenal!"balasku sambil menahan kemarahan yang tiba-tiba membuak.
"Masalahnya awak kenal saya."
"Hah??!!Awak jangan main-main la!Saya takder masa.Dahlah.Bye"
"Saya la orang yang tolong awak pagi tadi,"balasnya cepat-cepat.
"Hah?Owh..Awak..Mana dapat nombor saya ni?Ada apa ni?"kelam kabut aku dibuatnya bila tahu pemanggilnya.
"Hermm..Macam ni la..Sopan..Garang jugak awak yer..Erm..oklah..Saya nak bagitau awak ni,gelang awak ader dengan saya..Awak tercicir tadi masa terlanggar saya tadi..Penat jugak sa..."
"Hah??!Gelang?"pantas aku meraba pergelangan tangan aku.Ya,betul.Gelang!Gelang...Macam mana ni..Terputus ke..Macam mana ni??
"Awak,gelang saya ok?Putus ke?Ada dengan awak?Bila awak nak bagi dekat saya?Malam ni boleh?Eh,malam ni tak boleh..Esok pagi boleh??"kelam kabut aku menyoalnya.
"Awak,rileks ok.Saya bagi dekat awak tengah hari boleh tak?Saya ada kelas esok pagi pukul 8."
"Tolong lah saya awak.Sebelum pukul 8 boleh?Tolong lah."aku seakan-akan merayu padanya.
"Ok.ok..Esok pukul 7.50,dekat tempat letak kereta tepi kafe."
Akhirnya aku dapat kembali gelang hikmat aku ni..Tak dapat aku bayangkan hidup tanpa gelang ni..So,skang aku dah boleh panggil dia ni,"ultraman" aku..huhu.
"Terima kasih errr.."aisey man,nama plak tak tau.Nak panggil apa?Ultraman??Hehe.
"Panggil je saya Syah.."
"Saya Ana.Terima kasih sekali lagi dan maaf sebab dah susahkan awak pagi-pagi ni..Awak ada kelas kan?Okey lah,saya mintak diri dulu,"fuyooh..sopan giler aku hari ni.Tak caya..tak caya...Ajaib Bin Pelik Bin Hairan Bin..
"Owh mak kau..,"aisey man.Adeh..
"Eh awak,awak tak apa-apa?"segera Syah ke tempat aku jatuh.
"Saya okey..saya okey..Okey bye,"jawabku dengan yakin yang mukaku saat ini berwarna kemerah-merahan,disusuli dengan pink dan mungkin jingga..
"Erm baguslah.Tapi awak,mama saya takder kat sini..Lain kali saya bawak awak jumpa dia,"sakatnya.
"Erm ok,bye,"ceh..kambing gurun bin kambing kutub!Sempat dia kenakan aku.
'Ada lori,
Ada bas,
Ada kereta,
Ada basikal tau!
Pantun mana ni?Pantun ke?Huh!Apa-apa lah..Yang penting gelang aku ni,aku dah dapat balik..Macam mana tak nak bagi tercabut lagi ek?Beli gam gajah la.Okey tak.Takpun,gam ikan paus ke?Biar melekat sampai aku mati..Hahaha..Ko tak nak solat ke duk nak gam gam tu?'


Part 2
Tak tercapai dek akal aku,yang "ultraman" adalah anak kawan lama mama dan papa aku.Dan yang lebih kelakar,dia dan family dia tengah bercuti dekat rumah aku.Sekarang ni,kitorang tengah bercuti.Baru habis matrikulasi.Kecik betul dunia ni.Hermm...
Pagi-pagi lagi aku dan Fiz(yang merangkap adik bawah aku,dan jugak assistant aku)berjogging di kawasan kampung aku.Dah lama aku tak berjogging.Sengal otot-otot aku.Kesian otot-otot aku ni.Kena dera pagi-pagi buta lagi,di mana otot-otot orang lain masih berehat di atas katil.Kuikuikui.Balik jer dari jogging,aku dan adik-adik aku buat projek tergempar..Kitorang dah sepakat nak bakar...Memang dah capai kata sepakat.Nak bakar jugak.Walaupun masih basah.Hehe..Bakar sampah la.Pada waktu itu,parent aku,auntie Dila,dan uncle Johan keluar dari rumah.
"Rajinnya anak-anak ko Lina.Beruntung la ko dapat anak rajin macam ni.Budak Syah tu,tidur je memanjang.Tak sedar dia duduk rumah orang agaknya,"auntie Dila mengeluh.
"Alah Dila.Dia tu penat agaknya.Lagipun,bosan la tu,"mama aku mencelah.
"Alah,tak payah la ko nak menangkan dia.Aku ajak dia pergi KB(stand for Kota Bharu) tak nak."
"Dia kan lelaki.Mana suka shopping-shopping ni.Erm,Ana,nanti Ana jaga adik-adik,dan bawak la Syah pergi jalan-jalan.Dia bosan tu.Mama dengan papa nak bawak uncle Johan dan auntie Dila pergi KB.Anak-anak mama,jangan nakal-nakal tau."
"Herm Ana nak apa-apa tak?Auntie boleh belanja,"tanya auntie Dila.
"Hehe auntie.Menyesal auntie nanti sebab tanya Ana.Ana ni muka tak tau malu auntie.Banyak jugak rasanya nak suruh auntie beli,"balasku dengan muka yang ku buat-buat serius.
"Amboi-amboi anak mama ni.Kenakan auntie ya.Nah amik ni,"mama pura-pura mencubit telingaku.
"Alah Lina,biarkanlah dia.Aku belanja.Ana nak apa?"
"Hehehe.Ana nak banyak auntie.Tapi mama dah bagi red light,tak boleh la auntie.Hehehe.."
"Takder lah auntie.Ana tak nak apa-apa.Gurau je,"sambungku cepat-cepat bila mama menjegilkan matanya..Hehehe.Tapi..Nak suruh ke tak eh?Nanti mama marah pulak.Tapi takpe,bersedia untuk larian 100meter.
"Cuma...auntie boleh tak..erm.."
"Cakap je Ana.Nanti auntie cuba carikan,"balas auntie Dila bersungguh-sungguh.
"Auntie kirin salam kat polis yang buat road block.Kata Ana kirim salam.Tak lupa jugak dekat KB Mall.Cakap Ana rindu sangat kat dia,"aku tergelak sakan bila semua memandangku.
"Dah la Dila.Ko jangan layan anak aku ni.Giler-giler ni."
"Pa,nak duit pa.Ana kan kena jaga adik,bawak Syah pergi jalan,pergi..
"Herm,dah,dah.Papa dah tau dah.Ni,amik.Jaga adik baik-baik.Jangan buat kerja tak senonoh.."
"Bila papa dah cakap macam ni,tiba-tiba idea nak buat tu ada pulak.."
"Ana......!"
Kesemua mereka pergi seketika kemudian.Hehehehe..Aku pulak sekarang,sudah jadi kaya..kaya..kaya..kaya binti tak miskin..huhu..Cara ketawa pun mesti diubah..hikhikhikhik..Cara berjalan pun juga mesti di ubah..Jangan nak merepek lagi la Ana!Jaga pride sket.
"Dik,jom pergi kedai,akak belanja."
"Waah!Belon,"Hehehe..Ideaku terbit sebaik sahaja melihat belon di dalam balang biru tu.Jeng..jeng..jeng.
Aku memandang belon-belon yang sudah terisi air itu.RM5 melayang hanya kerana belon.Tapi takpe,sekarang...
"Fiz,zirah..Amik posisi masing-masing dan.."
"Ana!Buat apa tu?"
Aisey man.Apesal la dia ni bangun time-time macam ni.Jatuh pride seyh main macam ni.Tapi alang-alang dah malu,hehehe..Aku memandang adik-adik aku dengan penuh makna,dan mereka mengangguk laju.
"Serang!!!"aku menjerit.
"Hey!Ana,Fiz,eh..Zirah.Basah la abang Syah ni..Tak acilah macam ni.."
Gelak tawa kami mengisi perkarangan rumahku.Belon-belon bertempiaran mengejar mangsa mengikut ayunan tangan "penjahat".Aku sendiri seronok melihat Syah yang kebasahan dengan pakaian T-shirt dan kain pelekatnya.Nasib baik tak terlondeh.Ehek3.Adik-adik aku juga tidak ketinggalan untuk basah lencun.Huhu..Aku?Aku masih menjadi juara bertahan.Sama seperti ketika permainan ini berlangsung di matrik Londang.Huhu.Aras 2 Wing B.Jangan marah ya.Aku still juara bertahan.Tapi,tiba-tiba...
"Fiz,jangan mengada-ngada..,"aku menjerit tatkala aku lihat Fiz membuka paip.
"Mana aci,Kak Ana tak kena.Tak besh ar..Abang Syah.Jom.."
"Jom,hehehe.."
"Aahhhhhhhhhhhh!"aku basah di siram dan disimbah air.Tak guna betul budak-budak ni.Tak boleh jadik ni.
Perebutan kuasa air berlaku seketika kemudian.Dan akhirnya,kami terduduk keletihan sambil ketawa dengan pakaian kami yang lencun.Dan seketika kemudian,aku bersuara..
"Dah naik.Nanti tak pasal-pasal kena selesema burung,"aku memberi arahan kepada adik-adikku.
"Apa kaitan mandi paip dengan selesema burung?Merepek je,"celah Syah dengan keningnya yang berkerut apabila melihat adik-adikku lari naik masuk ke dalam rumah.
"Bau-bau bacang la.Awak mana tau.Dah,naik."
Aku segera masuk ke dalam rumah kerana tak mahu memanjangkan perbualan kami.Sebaik sahaja aku bersiap,aku keluar ke beranda, membasuh lantai dan mengemas apa yang patut.Aku tak mahu air-air dan suasana beranda ini memberi bukti kepada mama dan papa untuk membawa aku ke muka pengadilan.Betapa nakalnya anakmu ini pa,ma.
"Ana.."
"Owh mak!"aisey man.Terkejut kucing aku dibuatnya.
"Sorry,tak sengaja.Tapi awak,mak awak takder dekat sini.Hehe,"Syah menyakatku lagi.
"Saje je panggil.Rindu,"selamba aku membalasnya.
"Owh..Hehe.Tak nak mengaku ke,awak tu melatah?Saya ada 1 soalan.1 je.Kenapa mesti,owh mak?Kenapa tak owh ayah?Owh nenek?Takpun owh syah?Hehe."
"Erm..sebabnya mudah je.Sebab syurga di bawah telapak kaki ibu,"amik kau!
"Owh macam tu.Tapi kan lebih bagus kalau melatah Allahuakhbar.Dan awak kan perempuan,syurga di bawah telapak kaki suami tau."
'Tak guna betul!Takpe,takpe..Idea,datang la dikau...'
"Erm,memang bagus kalau melatah 'Allahukhbar',tapi macam saya cakap tadi la,tetiba tringat kat mama saya,tu yang jadik Owh mak tu.Dan satu lagi,saya belum berkahwin.So buat masa skang ni,syurga itu masih di bawah telapak kaki ibu."amik kau.Pandai jugak membalas kata-kata aku.Ni Ana la..
"Oww..Erm..Ana,tak nak bawak saya pergi jalan-jalan ke?"tanya Syah sambil menggaru kepalanya.Macamlah gatal sangat kepala tu.
"Erm,beri 10 sebab kenapa saya perlu bawa awak jalan-jalan?"
"Pertama,sebab saya bosan.Kedua saya nak tau tempat-tempat menarik kat sini.Ketiga,parent awak dah cakap dengan saya,suruh awak bawa saya pergi jalan-jalan.Keempat..Erm..Errr..Ana!Banyak sangat la sebab yang awak nak tu.10 sebab.3 dah la."
"Suka ati saya la..Nak 10 ke,100 ke..Tak cukup 10 sebab,saya tak nak bawak.Malas nak keluar,"hahaha..padan muka.Tu la,perli aku melatah lagi.
"Tak baik la awak macam ni,"balas Syah seakan-akan merayu.
"Saya susah nak bertolak ansur dalam bab-bab macam ni..,"aku menayangkan muka yang agak serius..Hehehe..Baru kau tau saper aku..


Tiba-tiba ku lihat Syah tersenyum menang dan..
“Fiz,Zirah..Jom ikut Abg Syah.”
“Jom..ye ye,nak keluar jalan-jalan,”Zirah menjerit kegembiraan.
“Eh,awak nak pergi mana?”soalku kehairanan.
“Saya nak pergi jalan-jalan la..”jawabnya selamba.
“Habis tu,kenapa ajak adik-adik saya.Nanti jadi apa-apa dekat diorang,susahlah saya.”
“Sebab kakak dia yang sorang ni degil.Keras kepala.Susah nak bertolak ansur.So,kena la guna taktik bersih.Zirah dengan Fiz nak ikut
kan
?”sinis kata-katanya menjawab soalanku.
15 minit kemudiannya,kami akhirnya tiba di Pantai Air Tawar.Ternyata taktik “bersih” Syah berjaya.Walaupun pada mulanya,aku menunjukkan tanda protes,namun ternyata gelagat Syah yang kelakar,membuatkan aku terhibur.
“Waahhh!!Bestnya dekat sini.Nyamannya.Ana,apa nama tempat ni?”
“Pantai Air Tawar.Selalunya,kalau nak bawa budak-budak,kena lah datang sini,sebab kat sini ada taman permainan.Sebelah
sana
ada satu lagu pantai.Pantai Air Masin.Kat
sana
kalau nak main air laut memang best.Kat sini tak best sangat.Tu bagi Ana la.”
“Ooo..Kalau macam tu,lepas ni kita ke
sana
la ok?”
“Hurmm,”hatiku digeletek kelucuan tika itu.
Selepas hampir 1 jam bermain di situ,aku mengajak mereka ke tempat lain pula.Namun ternyata,sehingga aku dan Syah tiba di tempat letak kereta pun,adik-adik aku tidak berganjak sehingga lah Syah memanggil mereka.
“Fiz,Zirah,jom kita pergi Pantai Air Masin pulak,”laung Syah dari tempat letak kereta.
Hampir semua pengunjung yang berdekatan di situ memandang Syah,dan tidak kurang juga mereka yang berbisik-bisik.Aku pula hanya tersenyum,mengawal rasa lucu yang bertandang.
“Abang Syah,kita nak ke mana?”
“Pantai Air Masin,yang sebelah
sana
tu,”jawab Syah dengan confidentnya.
“Hah?Pantai Air Masin?Mana ada Pantai Air Masin.Sebelah
sana
Pantai Bukit Keluang la,”jawab Fiz sambil ketawa mendengar nama yang disebut Syah.
“Tapi Kak Ana cakap…Ana!!!!!!!!!!”
Aku tergelak sakan kerana berjaya mengenakan Syah.Syah pula hanya tersenyum.Mungkin kerana memikirkan gelagat pengunjung-pengunjung di Pantai Air Tawar yang pelik mendengar nama pantai yang disebutnya.
Aku membawa Syah ke Pantai Bukit Keluang.Di situ terdapat jambatan untuk melihat kawasan pantai dari tempat yang tinggi,tasik di mana tempat orang memancing,bermain kayak di tasik dan akhir sekali bermain air di pesisiran pantai.
Malam itu aku tidur kepenatan setelah hampir satu hari kami berjalan-jalan.Tangan dan kakiku naik lenguh,mungkin kerana berkayak tak ingat dunia petang tadi.Sebelum aku masuk tidur,aku sempat melihat Syah berbual-bual dengan mama.Entah apa yang mereka bualkan.Hasrat di hati membuak-buak,namun kerana kepenatan,aku terus menuju ke kamar ku.Ketika itu juga,hatiku dipagut rasa pilu kerana esok,Syah dan parentnya akan pulang.Aku cuba buang rasa pilu itu jauh-jauh dan terus tidur.
“Auntie,jaga diri tau.Uncle,drive carefully,”kataku sambil menyalami tangan mama Syah.
“Ya,Ana pun jaga diri tau.Auntie dan uncle harap Ana dapat tengok-tengokkan Syah.Nakal budak tu.Sabar ye Ana.
“Hah?”
Dengan keningnya yang terangkat-angkat,dia melambai tangan ke arah parentnya.Rupa-rupanya dia akan stay di rumahku.
“Kenapa awak tak balik?”
“Saje je.Nak lawat tempat-tempat menarik dengan awak.”
“Eii..tak malu.Saper nak bawak awak?”
“Sampai hati awak Ana.Takpe,takpe..Auntie,Ana kena temankan Syah nanti
kan
?”
“Ye Syah.Ana,nanti bawa Syah jalan-jalan tau?”
“Tak nak lah.Mama bawak la.”
“Ana,tak baik layan tetamu macam tu.Mama dengan papakan busy.Ye sayang?”
“Hurm,tengok la..”dan di saat itu keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain.Ceh!Kurang gula budak ni.
Banyak masa kami luangkan bersama.Kebetulan,minggu itu ialah cuti sekolah.Jadi,aku membawa Syah,Zirah dan Fiz ke La Hot Spring.Dan hari-hari berikutnya ke Lata Tembakah,Lata Belatan,Pantai Cahaya Bulan(yang dulunya di kenali Pantai Cinta Berahi) dan juga ke Kota Bharu untuk bershopping.Kami juga menghabiskan masa berjogging dan bermain badminton pada waktu petang.
Syah yang aku kenali ialah seorang yang murah dengan senyuman,peramah sehinggakan semua orang kampung ditegurnya,periang,berterus-terang,pandai ambil hati,pandai bagi nasihat dan juga sifatnya,keanak-anakan.Bagiku,siapa yang menjadi temannya,pasti beruntung.
Aku sedar,kehadirannya dalam hidup aku,membawa sinar yang menerangi kegelapan.Sifatku yang periang mula terbit kembali sejak dia hadir dalam hidup aku.Selepas tragedy hitam itu berlaku,aku mula murung,sedih,pemarah dan sifat-sifatku yang peramah dan periang mula luntur.Namun hadirnya dalam hidup aku,mula menceriakan hidup aku yang sudah lama “mati”.Ya,Syah hadir tepat pada waktunya.Adakah aku sudah jatuh hati padanya?Entahlah.Syarat yang aku letakkan dalam diri, no boyfriend before i’m 20 menghalang aku berfikir tentang ini.Lupakanlah..bisik hati kecilku.

”Ana,awak memang susah nak share dengan orang ea masalah awak?”Syah bersuara setelah seketika kami diam membisu sebaik tiba di pantai ku.

”Hurm..mungkin dah kebiasaan.saya tak biasa nak share sepenuhnya. Biasanya entahlah.Why?”aku pelik dengan pertanyaan Syah.

”Saje tanya.Tak boleh ke?”

”Boleh tu boleh,tapi,mestilah ada sebab kan?”

”Ana, kalau saya tanya,awak jangan marah tau?”

”Tengoklah..Kalau takde apa yang nak dimarahkan,watpe nak marah kan?”

”Awak pernah kehilangan?”

”Hilang pensil,pemadam..huhu.banyak kali awak saya hilang barang..haha.,”tawaku seakan dibuat-buat.Ya Allah, aku tak mahu menjawab soalan yang tiada jawapan ini.

”No,i mean..your mom have told me everythings..everythings..dan dia harap sangat saya dapat tolong awak..Hadapi semua yang awak hadapi.If u don’t mind..awak boleh citer kat saya.Saya kan da jadi kawan awak.”

”Patutlah u stay.Saya dah agak.Mama saya memang macam tu.Just forget..Jom la balik.”

”Ana!Kenapa awak macam ni?Why??”

”Kenapa dengan saya?I’m ok!Jom balik”

”No!Kita takkan balik selagi kita belum settle.Esok saya dah kena balik.Saya dah janji dengan your mom,saya akan bercakap dengan awak tentang masalah awak.Tolong la ana.Bukak minda awak.Terima nasihat orang.Jangan degil boleh tak?”Syah mula meninggikan suara.

”Saya memang degil.Dan ini urusan saya,Not urs!Jangan sibuk pasal saya!Kalau awak taknak balik,stay la sorang-sorang kat sini.”

”Awak tak pernah fikir pasal ur mama kan?ur papa.Awak dah besar!Sepatutnya, awak dah boleh fikir semua tu!Awak ingat lupakan boleh selesaikan masalah?”Syah menarik tanganku menghalang aku dari terus menuju ke kereta.

”Habis tu awak nak suruh saya buat apa?Buat apa?”Aku terduduk.Air mataku yang sudah lama ku pendam,akhirnya gugur juga.Sebak memikirkannya,air mataku ini,tak mampu lagi untuk bertahan.

”Ana,menangislah Ana.Kadang-kadang,sesekali menangis,tu tak bermakna kita lemah.Tapi tu bermakna kita mencari kekuatan.”Syah mula memujukku.

Petang itu, aku meluahkan segalanya.Segalanya.Pertama kali aku membuka cerita setelah sekian lama peristiwa itu berlalu.

Syah pula menjadi pendengar setia.Setia mendengar segala kata yang keluar dari mulutku.Syah jugalah yang memujukku.Betapa malunya aku,tatkala itu.Menangis di depan Syah.Perkara yang tak pernah aku lakukan dalam hidup aku.Menangis depan orang.

Hari perpisahan kami akhirnya tiba jua. Terasa berat melepaskan Syah.Namun ku buang ia jauh-jauh. Entahlah.

”Ana,take care ya.Kalau Ana ada masalah, nak share apa2,Ana share je dengan Syah. Tau?”

Aku cuma mengangguk.Sebak mula menguasai diriku.

”Syah naik dulu k?Take care always.Sampaikan salam Syah buat auntie dan uncle.Ana,thanks and sorry for everythings ok? Kuat ya..Ana!Basya!”

2 bulan berlalu.Aku sudah siap untuk ke Indonesia,melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Semuanya harus ku tinggal.Kenangan bersama tersayang,keluarga,sahabat handai dan segalanya.Kini impianku Cuma satu.Berjaya untuk membuat keluarga dan “tersayang” bangga serta berbakti pada masyarakat.

Kiriman sms dari Syah sebelum aku menaiki kapal terbang MAS di KLIA,

“Ana,hidup kita penuh dengan duri.Sabarlah sayang, Allah senantiasa ada. Jangan lupa pada yang Esa di kala suka dan duka,ibu bapa jangan kita abaikan,diri jangan leka di tempat orang.Senyum akan buat diri kita kuat. Syah sayang Ana. Terbaca impian Ana, no boyfriend before 20 buat Syah sabar menunggu tarikh itu.19 April 2009.20 kan?Tunggu khabar dari Syah. Syah akan lamar Ana jadi teman istimewa Syah. Syah harap Ana akan terima Syah.Sayang…Basya!” I.T.J.S (Ikhlas Tapi Jauh, Syah)

Ya Allah,tegakah aku membiarkan dia menanti.Adakah aku harus menerimanya nanti? Apa jua yang berlaku,ku serahkan pada Mu Ya Allah.

Tegakah aku??

No comments:

Post a Comment